top of page

PERKHIDMATAN JURUBAHASA BIM

WhatsApp Image 2026-09-18 at 10.50.40.jpeg
WhatsApp Image 2026-09-18 at 10.50.40 (1).jpeg
WhatsApp Image 2026-09-18 at 11.29.24.jpeg

Bagi mengintergrasikan orang Pekak ke dalam masyarakat,

jurubahasa BIM ialah satu keperluan yang sangat penting.

Perkhidmatan jurubahasa isyarat untuk orang Pekak tidak diketahui bila dan mana ianya bermula. Sebelum ini, keperluan membantu komunikasi bagi orang Pekak dalam urusan perubatan, rasmi dan pelbagai urusan berkaitan dengan komunikasi biasanya dibuat oleh ibubapa atau keluarga atau juga rakan terdekat. Namun dalam tahun 60an, mendiang Tan Yap yang mendapat persijilan RID - Registery of Interpreter for the Deaf, USA menjadi orang yang pertama di Malaysia mempunyai tauliah sebagai jurubahasa isyarat di kes mahkamah. ​

​

Memandangkan keperluan mahkamah mendapatkan jurubahasa isyarat bertauliah bagi kes yang berkaitan dengan orang Pekak, guru sekolah pekak dilantik untuk menjadi jurubahasa isyarat.

Tanpa menyedari tahap penggunaan bahasa isyarat orang Pekak yang datang dari pelbagai latarbelakang adalah berbeza, bukan semuanya memahami isyarat ASL atau BMKT.

​

Oleh itu, pada tahun 1988, Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur telah memulakan usaha menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat secara percuma untuk orang Pekak.

SIAPAKAH JURUBAHASA ISYARAT?

​

Jurubahasa isyarat ialah orang yang menterjemahkan bahasa pertuturan kepada bahasa isyarat dan sebaliknya untuk orang Pekak. Jurubahasa isyarat tersebut merupakan keperluan komunikasi yang sangat penting bagi orang Pekak.

​

Jurubahasa isyarat perlu mahir dalam bahasa isyarat dan bahasa pertuturan yang lain. Mereka terikat kepada etika terutama kerahsiaan, profesional dan  paling penting jurubahasa isyarat hendaklah mempunyai tauliah bagi dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

 

MFD merupakan satu-satunya organisasi di Malaysia menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat untuk :

  • semua urusan rasmi,

  • mahkamah,

  • pelajaran,

  • pekerjaan, 

  • kaunseling,

  • mesyuarat dan persidangan,

  • keagamaan dan pelbagai bentuk komunikasi yang diperlukan oleh orang Pekak.

Cara mendapatkan perkhidmatan jurubahasa isyarat (BIM)

Permohonan hendaklah dibuat melalui Persatuan Orang Pekak yang menjadi ahli gabungan MFD.

​

Melengkapkan borang yang disediakan dan dihantarkan kepada Persatuan melalui email atau WhatSapp.

​

Tekan atau scan link Jurubahasa Isyarat di bawah.​​

Borang Perkhidmatan Jurubahasa Isyarat (1).png

Syarat Perkhidmatan

  1. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma pada hari bekerja, dari 8:00 pagi hingga 5:00 petang sahaja.

  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemegang Kad Ahli Persatuan Orang Pekak Negeri yang berdaftar di bawah Ahli Gabungan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

  3. Bagi individu yang bukan ahli mana-mana Persatuan Orang Pekak Negeri di bawah Ahli Gabungan MFD, caj minimum akan dikenakan bagi menampung kos pengangkutan serta perbelanjaan berkaitan penyediaan perkhidmatan.

HUBUNGI KAMI

Tel : +603 8070 9308 /011 62591997

Fax : +603 8076 1090

E-mail: infomfd@gmail.com

© 2018 by Malaysia Federation of Deaf. Proudly created with Wix.com

No.3A-12, Staircase 3, Menara KLH, Bandar Puchong Jaya

47100 Puchong, Selangor, MALAYSIA

  • Instagram
  • Facebook
bottom of page