• Grey Facebook Icon

Tel:    +603 8070 9308  

Fax:   +603 8076 1090

E-mail: infomfd@gmail.com

TENTANG KITA

© 2018 by Malaysia Federation of Deaf. Proudly created with Wix.com

No.3A-12, Staircase 3, Menara KLH, Bandar Puchong Jaya

47100 Puchong, Selangor, MALAYSIA

Persekutuan Orang Pekak Malaysia ialah sebuah organisasi peringkat kebangsaan yang memayungi Persatuan Orang Pekak di Malaysia.

Bahasa  Isyarat   Malaysia 

Manusia berkomunikasi menggunakan bahasa untuk mencapai standard kehidupan yang lebih baik. Secara konvensional bahasa verbal atau bahasa lisan digunakan sangat meluas tetapi malangnya tidak dimanfaatkan oleh Orang Pekak.
 
Oleh itu orang Pekak berkomunikasi menggunakan bahasa non verbal iaitu bahasa isyarat.
Persekutuan Orang Pekak Malaysia telah memainkan peranaan penting dalam pembangunan bahasa isyarat sejak tahun 1997; melalui  dana dari Abilis Foundation, Finland, MFD telah memulakan projek menghimpunan isyarat tempatan yang digunakan oleh orang Pekak dari pelbagai bangsa dan agama dari seluruh negara. Himpunan isyarat tersebut dinamakan Bahasa Isyarat Malaysia dan kemudian dengan sumbangan dari Kerajaan Jepun MFD telah mencetak buku untuk diagihkan kepada semua.
Bahasa Isyarat Malaysia telah diiktirafkan sebagai bahasa rasmi orang Pekak di Malaysia melalui Akta Orang Kurang Upaya 2008 atau Akta 685.
 
Sehingga kini, Persekutuan Orang Pekak Malaysia telah berjaya menghasilkan 18 buah buku BIM termasuk 2 aplikasi mobile.
 
Dalam usaha mengembangkan BIM iaitu bahasa ibunda orang Pekak, Persekutuan telah menjadi pembekal tenaga pengajar Kursus BIM untuk agensi kerajaan dan swasta. 5 buah universiti tempatan iaitu Segi University, UKM, UM, UIA dan Perdana University juga telah mengadakan pengajian BIM dan sebagai elektif subjek di universiti Mereka.
 
Pihak Persekutuan menerima permohonan untuk mengadakan Kursus BIM dengan menghubungi Puan Masuzana di talian 03-80709308 atau emel ke pembangunanbim@gmail.com

APLIKASI   MOBILE