top of page

BELIA PEKAK MALAYSIA

482031576_953384003599301_5972952245757713324_n_edited.jpg
LOGO MALAYSIAN FEDERATION OF THE DEAF M (1)_page-0001_edited.jpg

Unit Belia Pekak Malaysia di bawah Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), tujuan utamanya adalah:

​

  1. Memperkasakan belia Pekak sebagai pemimpin masa hadapan.

  2. Menggalakkan penyertaan aktif belia Pekak dalam pembangunan masyarakat dan negara.

  3. Membangunkan kemahiran kepimpinan, komunikasi, advokasi dan organisasi.

  4. Memupuk perpaduan serta jaringan persahabatan dalam kalangan belia Pekak di seluruh Malaysia.

  5. Meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak Orang Pekak dan aksesibiliti.

  6. Menggalakkan pembangunan diri melalui pendidikan, latihan, sukan, kebudayaan dan kesukarelawanan.

  7. Menjadi platform suara belia Pekak dalam isu-isu yang melibatkan golongan muda Pekak.

  8. Melahirkan generasi belia Pekak yang berkeyakinan, berdikari dan berdaya saing.

​

"Unit Belia Pekak Malaysia di bawah Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) berperanan memperkasa belia Pekak melalui pembangunan kepimpinan, advokasi, pendidikan, kesukarelawanan dan penglibatan komuniti bagi melahirkan generasi pemimpin Pekak yang berwibawa, progresif dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara."

AKTIVITI/PROGRAM

1. Pembangunan Kepimpinan

2. Pendidikan & Kerjaya

3. Advokasi & Kesedaran

4. Kesukarelawanan & Komuniti

5. Sukan & Rekreasi

6. Kebudayaan & Kreativiti

7. Teknologi & Keusahawanan

8. Jaringan & Antarabangsa

DSC_0949-1024x680.jpg
SYARAT PENYERTAAN
  • Warganegara Malaysia.

  • Berumur 18 hingga 30 tahun pada tarikh program berlangsung.

  • Terdiri daripada Orang Pekak sahaja.

  • Mempunyai minat dalam aktiviti pembangunan belia, kepimpinan dan komuniti.

  • Bersedia mematuhi peraturan dan jadual program yang ditetapkan.

  • Sihat tubuh badan dan mampu menyertai aktiviti program yang dirancang.

  • Keutamaan diberikan kepada ahli persatuan Orang Pekak yang bernaung di bawah Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) atau persatuan ahli gabungannya.

501055105_122192453276267115_4652505311732616904_n.jpg

HUBUNGI KAMI

Tel : +603 8070 9308 /011 62591997

Fax : +603 8076 1090

E-mail: infomfd@gmail.com

© 2018 by Malaysia Federation of Deaf. Proudly created with Wix.com

No.3A-12, Staircase 3, Menara KLH, Bandar Puchong Jaya

47100 Puchong, Selangor, MALAYSIA

  • Instagram
  • Facebook
bottom of page